Powered By Blogger

Sabtu, 8 Januari 2011

MESYUARAT KALI - 1 SESI 2011 JAWATANKUASA PIBG SKWMZR10

SKWMZR10 - JAWATANKUASA PIBG telah memulakan mesyuarat kali-1 pada tahun 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat SKWMR10 yang dihadiri oleh Penasihat Persatuan Pn.Guru Besar,Tuan YDP,NYDP,barisan pentadbir dan ahli jawatankuasa ibu bapa dan guru. Turut hadir, Tn Hj. Saufi,wakil drp Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat.Pelbagai perkara diperbincangkan termasuk postmortem dan perancangan akademik,kokurikulum dan pengurusan PIBG. Jawatankuasa telah memutuskan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2010/2011 akan diadakan pada bulan Mac nanti. Mesyuarat AJK ini telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 2.50 petang.


SESI PERSEKOLAHAN 2011 BERMULA - 3 JAN 2011




Murid-murid dan guru-guru memulakan sesi baru dengan perhimpunan rasmi mingguan di Dataran R10.

SESI PENDAFTARAN DAN ORIENTASI TAHUN SATU - 31 DIS 2010

SKWMZR10 - Sesi persekolahan 2011 bermula pada tanggal 3 Januari 2011. Sebelum sesi persekolahan bermula, program pendaftaran dan orientasi Tahun 1/2011 telahpun diadakan pada Jumaat,31 Disember 2010 yang lalu.




KEPUTUSAN UPSR 2010 - 19 CALON CAPAI 5A

SKWMZR10 - UPSR 2010 mencatat keputusan membanggakan apabila 19 orang calon UPSR telah menggondol kejayaan cemerlang 5A. Ini adalah hasil usaha gigih dan kerjasama yang baik di antara PIBG, pihak sekolah dan guru-guru SKWMZR10.