Powered By Blogger

Isnin, 31 Mei 2010

JAMUAN KESYUKURAN&MERAIKAN KEJAYAAN 'R10 TIGERS 2010'





JAMUAN KESYUKURAN KEMENANGAN PASUKAN HOKI 'R10 TIGERS'-Diadakan di perkarangan sekolah dan disambut secara sederhana tetapi meriah. Ramai ibu bapa pemain2,guru-guru serta AJK PIBG turut hadir termasuk GB, YDP PIBG, NYDP PIBG dan barisan jurulatih. Jamuan ini diadakan berikutan kemenangan pasukan hoki lelaki SKWMZR10 yang julung-julung kalinya menggondol JUARA KEJOHANAN HOKI PERINGKAT NEGERI 2010.Syabas dan tahniah daripada PIBG.

Ahad, 23 Mei 2010

KEJAYAAN MANIS 2010



KOKURIKULUM: SKWMZR10 mencipta kejayaan manis pada penggal pertama tahun 2010 apabila berjaya menggondol JOHAN PERTANDINGAN HOKI PERINGKAT NEGERI WPKL melalui kecemerlangan pemain-pemain hoki lelaki daripada pasukan R10 TIGERS  di bawah usaha gigih Cikgu Kamal Asyraf dan guru-guru pembantu. Ianya juga adalah kejayaan bersama IBU BAPA pemain-pemain yang telah berhempas-pulas beberapa tahun yang lalu untuk mengejar kejayaan amat bermakna ini.Dengan sokongan PIBG,pihak sekolah dan ibu bapa yang tidak jemu2 'turun padang' terutamanya En.Wan Ameer,En.Nik,En.Azhar,En.Wan Shariman dan lain-lain akhirnya membuahkan kejayaan.Kemenangan ini amat menggembirakan semua pihak terutamanya Guru Besar, Pn.Hjh Teh Zaiton yang telah sekian lama menanti SKWMZR10 dinobatkan JOHAN HOKI Sek Rendah Peringkat Negeri.Daripada Jawatankuasa PIBG,Syabas R10 !