Powered By Blogger

Jumaat, 30 Julai 2010

PIBG PEMANGKIN KECEMERLANGAN



SABTU,31 JULAI 2010 - Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2010/2011 yang dipengerusikan oleh YDP,Lt.Kol.Hafizuddeain bin Jantan yang ditangguhkan tepat jam 12.00 tengah hari tadi telah berjalan dengan lancar dalam suasana harmonis. Rumusan mesyuarat AJK (yang boleh dikatakan aktif-aktif kesemuanya) hari ini adalah harapan drp YDP dan jawatankuasa agar lebih ramai dalam kalangan IBU BAPA kepada warga murid SKWMZR10 melibatkan diri dan aktif bersama PIBG dalam pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun. PIBG akan lebih berkesan dan mencapai matlamatnya dengan penyertaan sukarela drp ibu bapa & AJK PIBG.

PEPERIKSAAN UPSR - 21 HINGGA 23 SEPTEMBER 2010





KURIKULUM: UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) dijangka bermula pada 21 hingga 23 September 2010. Pelbagai program motivasi anjuran bersama PIBG dan pihak sekolah telah diadakan sebagai persediaan awal calon-calon UPSR. Seramai 166 orang calon daripada murid-murid Tahun Enam bakal menduduki peperiksaan awam itu di SKWMZR10.
Diharap program-program seterusnya seperti Solat Hajat & Bacaan Yassin Di Ambang UPSR yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi akan mendapat sambutan daripada pihak ibu bapa murid-murid yang terlibat. Harapan pihak sekolah dan PIBG agar keputusan pencapaian UPSR 2010 akan lebih meningkat berbanding tahun-tahun yang lepas dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan.Kepada ibu bapa murid-murid Tahun Enam, teruskan perjuangan untuk kecemerlangan anak-anak yang bakal menghadapi UPSR 2010.

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-13 2010





KOKURIKULUM: KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE -13 '2010 - Telah berlangsung di padang sekolah pada Sabtu,10 Julai 2010 yang lalu. Temasya sukan pada kali ini dimeriahkan dengan kehadiran ramai ibu bapa, AJK PIBG dan murid-murid. Buat pertama kali YDP PIBG yang baharu Sesi 2010/2011, Lt.Knl.Hafizuddeain bin Jantan telah sudi bersama-sama menjayakan majlis dengan merasmikan kejohanan ini. Tidak ketinggalan, kehadiran AJK yang turut sama membuka gerai PIBG untuk mendapatkan sokongan ibu bapa bersama PIBG melibatkan diri di dalam biro-biro yang telah dibentuk. Rumah MERAH telah dinobatkan
sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan 2010. Kepada semua ibu bapa,pihak sekolah,guru-guru serta semua yang terlibat, ucapan ribuan terima kasih drp PIBG.

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2010





KOKURIKULUM:Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2010 untuk murid-murid Tahap 2 telah berjaya diadakan pada 2-4 Julai yang lalu bertempat di SKWMZR10. Selain aktiviti di sekitar perkarangan sekolah, peserta-peserta perkhemahan juga dibawa ke Taman Tasik Titiwangsa untuk melengkapkan beberapa aktiviti luar ( outdoor)sebagai memenuhi program yang telah diatur. Daripada pihak PIBG, ribuan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan semua yang menjayakan aktiviti tahunan kokurikulum ini.

PERPUSTAKAAN INTERNET BERGERAK DBKL





KURIKULUM: PERPUSTAKAAN INTERNET BERGERAK DI R10 - SATU lagi inovasi pendidikan di SKWMR10.Perpustakaan Internet Bergerak mula berada di R10 mulai Julai 2010. Atas kerjasama DBKL, kemudahan untuk murid-murid khasnya murid Tahap 2 yang terdiri drp Tahun 4,5 dan 6 meminjam buku-buku pelbagai genre dan terbitan serta kemudahan lain telah dilaksanakan.Perpustakaan Internet Bergerak ini akan berada di perkarangan sekolah setiap dua minggu sekali bergantung kepada jadual pergerakan berkala yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan berkenaan.Kepada semua ibu bapa, berikan galakan untuk anak-anak anda mengamalkan budaya MEMBACA. - PIBG

SAMBUTAN HARI GURU 2010








SAMBUTAN HARI GURU 2010 - Disambut secara sederhana tetapi meriah.Daripada PIBG, ucapan Selamat Hari Guru.Semoga terus komitmen dan berdedikasi untuk anak-anak bangsa di R10.

R10 TIGERS TETAP UNGGUL PADA 2010







KOKURIKULUM: PASUKAN HOKI SEKOLAH - 'R10 TIGERS' tetap unggul dan sentiasa menonjolkan persembahan terbaik setiap kali menyertai pertandingan yang dianjurkan samada daripada pihak MSSKL, Unit Sukan Jabatan Pelajaran,Terbuka Persekutuan Hoki Malaysia-USM, mahupun badan-badan persendirian.Ini hasil usaha keras daripada semua pihak bermula di sekolah terutama pihak ibu bapa yang bertungkus-lumus memerah tenaga, masa dan wang ringgit untuk membawa pulang kejayaan demi kejayaan sekaligus mengharumkan nama SKWMR10. PIBG tetap meneruskan sokongan kepada pasukan R10 TIGERS.TERUSKAN KEGEMILANGAN.