PIBG SK Wangsa Maju Zon R10
Laman ini disediakan untuk tatapan, komen dan cadangan daripada semua ahli PIBG SK WANGSA MAJU ZON R10,KL samada pihak ibu bapa mahupun guru-guru&pentadbir sekolah.
Sabtu, 8 Januari 2011
MESYUARAT KALI - 1 SESI 2011 JAWATANKUASA PIBG SKWMZR10
SKWMZR10 - JAWATANKUASA PIBG telah memulakan mesyuarat kali-1 pada tahun 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat SKWMR10 yang dihadiri oleh Penasihat Persatuan Pn.Guru Besar,Tuan YDP,NYDP,barisan pentadbir dan ahli jawatankuasa ibu bapa dan guru. Turut hadir, Tn Hj. Saufi,wakil drp Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat.Pelbagai perkara diperbincangkan termasuk postmortem dan perancangan akademik,kokurikulum dan pengurusan PIBG. Jawatankuasa telah memutuskan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2010/2011 akan diadakan pada bulan Mac nanti. Mesyuarat AJK ini telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 2.50 petang.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9gj_httcE9I2Qv1r0K1Ms11kr0LqrzZZRWgC4IsPz4ckG3Bou_TATICs2IMpE-22z1oAOog-pZrV5r4eBvXG3M34FbZjVk0AlbJj1QFjJENxJWhVOYMniq8mq09EITh77i4EYVTS12vLE/s320/IMG_0081.JPG)
SESI PENDAFTARAN DAN ORIENTASI TAHUN SATU - 31 DIS 2010
KEPUTUSAN UPSR 2010 - 19 CALON CAPAI 5A
Rabu, 1 September 2010
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN SKOR 5A UPSR 2010
DIRASMIKAN OLEH:
YBHG. LT. KOLONEL MUHAMMAD HAFIZUDDEAIN BIN JANTAN
YANG DIPERTUA PIBG SK WANGSA MAJU ZON R10
HARI : ISNIN
TARIKH : 30 OGOS 2010
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : DATARAN R10
ANJURAN BERSAMA: PIBG DAN GURU-GURU SK WANGSA MAJU ZON R10
Terima kasih kepada semua AJK guru dan ibu bapa yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan majlis. Diharap aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang.
Rabu, 25 Ogos 2010
MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI KE-3 / 2010
Jumaat, 30 Julai 2010
PIBG PEMANGKIN KECEMERLANGAN
SABTU,31 JULAI 2010 - Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2010/2011 yang dipengerusikan oleh YDP,Lt.Kol.Hafizuddeain bin Jantan yang ditangguhkan tepat jam 12.00 tengah hari tadi telah berjalan dengan lancar dalam suasana harmonis. Rumusan mesyuarat AJK (yang boleh dikatakan aktif-aktif kesemuanya) hari ini adalah harapan drp YDP dan jawatankuasa agar lebih ramai dalam kalangan IBU BAPA kepada warga murid SKWMZR10 melibatkan diri dan aktif bersama PIBG dalam pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun. PIBG akan lebih berkesan dan mencapai matlamatnya dengan penyertaan sukarela drp ibu bapa & AJK PIBG.
Langgan:
Catatan (Atom)